Selasa, 06 April 2010
Ahmad Soebardjo
Dilahirkan di Karawang, Jawa Barat, Soebardjo bersekolah di Sekolah Hogere Burger (Sekolah Menengah Atas), Jakarta pada tahun 1917. Beliau kemudian menyertai Universiti Leiden, Belanda dan memperoleh ijazah Sarjana Undang-undang pada tahun 1933.
Semasa masih merupakan mahasiswa, Soebardjo aktif dalam memperjuangkan kemerdekaan Indonesia melalui penyertaan pertubuhan-pertubuhan belia seperti Jong Jawa dan Persatuan Mahasiswa Indonesia di Belanda. Pada bulan Februari 1927, beliau menyertai perwakilan Indonesia, bersama-sama Mohammad Hatta dan ahli gerakan-gerakan Indonesia yang lain, ke persidangan antarabangsa "Liga Menentang Imperialisme dan Penindasan Penjajah" yang pertama di Brussels, dan kemudiannya di Jerman. Persidangan pertama itu juga disertai oleh Jawaharlal Nehru dan pemimpin-pemimpin nasionalis yang terkenal dari Asia dan Afrika. [1] Sekembalinya ke Indonesia, beliau aktif menjadi anggota Badan Penyelidik Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI).
Selepas Indonesia mengisytiharkan kemerdekaannya pada 17 Ogos 1945, Soebardjo dilantik sebagai Menteri Luar Negeri dalam Kabinet Presiden, kabinet Indonesia yang pertama, dan kembali menjawat Menteri Luar Negeri sekali lagi pada penggal 1951 - 1952. Selain itu, beliau juga menjadi Duta Besar Republik Indonesia di Switzerland antara tahun-tahun 1957 - 1961.
Dalam bidang pendidikan, Sebardjo merupakan profesor dalam bidang Sejarah Perlembagaan dan Diplomasi Republik Indonesia di Fakulti Kesusasteraan, Universiti Indonesia.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar